in , , ,

Ini Empat Resipi Talam Yang Cukup Enak. Talam Jagung, Talam Labu Kuning, Talam Keledek Dan Talam Seri Muka, Pilih Mana Satu Idaman Kalbu.

Terima kasih Niessa Chang atas empat jenis perkongsian resipi talam. Semoga dapat membantu mereka yang baru belajar membuat kuih talam.

Setiap jenis talam menggunakan loyang bersaiz 10’x10′.

 

TALAM KELEDEK UNGU

Lapisan bawah :

2 cawan Santan pekat

1 cawan Air

1 1/2 cawan Tepung gandum

Sedikit garam

2-3 titis Pewarna violet (ungu)

 

Cara :

  1. Kisar semua bahan dan tuang ke dalam loyang.
  2. Kukus lapisan bawah selama 20 minit.

 

Lapisan atas :

250 gm Keledek – potong dadu, kukus sehingga masak

2 cawan Santan

1 cawan Air – bancuh bersama 2 penutup perisa keladi

1 1/2 cawan Tepung gandum

1 cawan Gula

Sedikit garam

 

Cara :

  1. Kisar dan tuang di atas lapisan bawah yang dikukus tadi.
  2. Taburkan buah keledek ungu ke dalam adunan lapisan atas dan kukus selama 20 minit.

BINGKA UBI KAYU

Bahan :

6 cawan Ubi parut

2 cawan Santan pekat

1 sk Garam

1/2 cawan Gula pasir

1/2 cawan Gula apong/gula merah

Sedikit pewarna kuning

 

Cara :

  1. Gaul semua bahan sehingga sebati dan tuang ke dalam loyang.
  2. Bakar selama 1 jam 20 minit atau sehingga masak pada suhu 200c menggunakan api atas dan bawah

TALAM LABU KUNING

Lapisan bawah :

2 cawan santan pekat

1 cawan air

1 1/2 cawan Tepung gandum

Sedikit garam

2-3 titis Pewarna oren

 

Cara :

  1. Kisar semua bahan dan tuang ke dalam loyang.
  2. Kukus selama 20 minit.

 

Lapisan atas :

250 gm Labu – potong dadu dan kukus sehingga masak

2 cawan Santan

1 cawan Air

1 1/2 cawan Tepung gandum

1 cawan Gula

2-3 titis Pewarna kuning

Sedikit garam

 

Cara :

  1. Kisar bahan dan tuang ke atas lapisan bawah yang dikukus tadi.
  2. Taburkan labu kuning ke dalam adunan lapisan atas dan kukus selama 20 minit.

TALAM SERI MUKA

Lapisan Bawah :

2 cawan Pulut

2 cawan Santan cair

1 sk Minyak

Sedikit garam

 

Cara :

  1. Cuci pulut dan rendamkan selama dua jam.
  2. Masukkan pulut yang telah direndam ke dalam loyang yang sudah digris minyak atau di alas plastik.
  3. Tuangkan santan cair yang dicampur sedikit garam. Tambahkan sedikit minyak dan kukus selama 30 minit atau sehingga pulut masak.
  4. Sementara menunggu lapisan bawah masak, sediakan bahan-bahan untuk lapisan bawah.
  5. Setelah pulut masak, tekankan pulut sehingga padat.
  6. Masukkan semula ke dalam kukusan, dan tuangkan adunan bahagian atas.

 

Lapisan Atas :

1 cawan Air

2 cawan Santan

1 cawan Gula pasir

1 biji Telur gred B

50 gm Tepung gandum

50 gm Tepung kastard

25 gm Tepung beras

1 sk Garam

Sedikit pes Pandan

 

Cara :

  1. Satukan santan, gula dan telur dan kisarkan.
  2. Masukkan tepung gandum, tepung kastard, tepung beras, garam dan pewarna. Kisar lagi sampai sebati.
  3. Kemudian masukkan adunan yang telah dikisar ke dalam periuk. Masak sebentar adunan tadi dengan api yang sangat perlahan. Kacau menggunakan whisk sehingga naik wap (jangan sampai mendidih) dalam 10 minit. (Api kena perlahan)
  4. Tuangkan adunan pandan ke atas pulut tadi dan kukus lagi selama 20 minit dengan api yang sederhana.

Kredit resipi & foto : Niessa Chang

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0