fbpx

Ini Rahsia Buat Kerepek Bayam Brazil. Kekal Rangup Dan Tidak Berminyak.

iCookAsia

Nampaknya bayam brazil sudah mula menjadi perhatian orang kita kan? Ada sahaja idea untuk menyediakannya termasuklah membuat kerepek.

Untuk memastikan kerepek kekal rangup dan tidak berminyak, bahan bancuhan amat penting dalam proses penyediaan. Jangan sesekali menggunakan telur kerana ia hanya menyebabkan kerepek menyerap minyak dan tidak tahan lama.

Malah bancuhan tidak perlu dicampurkan dengan air, bermakna, bayam terus digaulkan dengan tepung bancuhan dan digoreng.

 

Bahan :

5 sudu besar Tepung bestari original

1 sudu besar Tepung bestari pedas

2 sudu besar Tepung jagung

2 sudu besar Tepung beras

1 sudu besar Rempah kari

 

Cara :

  1. Cuci daun bayam brazil dengan bersih dan hanya ambil bahagian daun sahaja.
  2. Masukkan bayam brazil ke dalam campuran tepung dan gaul supaya sekata.
  3. Panaskan minyak yang banyak dan hanya masukkan bayam apabila minyak benar-benar panas. Goreng sehingga garing.
  4. Selepas sejuk, simpan di dalam bekas kedap udara.

Kredit resipi & foto : Roslinda Rosli

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x