in ,

Ini Rahsia Buat Teh Tarik KAW Ala Mamak. Masak Dalam Periuk Buat Air Lagi Sedap. 10 Orang Boleh Minum!

Dah biasa sangat resipi Makanan kan? Kali ini, Admin bawakan resipi untuk hidangan minuman pula. Khas buat anda yang suka minum Teh Tarik di Mamak. Lepas ini, dah tak perlu ke kedai mamak nak order teh tarik ikat tepi. 

Ikut je resepi di bawah ini. Dengan cara memasak dalam kuali ini, mungkin teh tarik anda akan bertambah lagi sedap?

Terima kasih Zalisqha Zahraa untuk perkongsian resipi Teh Tarik ini 🙂

Bahan-bahan:

Air dalam 3 liter

Serbuk teh 5 sudu besar

Uncang teh 5 (guna cap 888 serbuk wangi)

Susu pekat 3 tin

Susu cair 1 tin

Garam halus 1 sudu kecil

Cara penyediaan:

  1. Panaskan air sampai gelegak dan letakkan teh. Kacau selama 5 minit.
  2. Masukkan semua susu dan garam. Kacau lagi dan biar masak dalam 5minit. Sambil itu, rasa lah ada yang tak cukup, tambah lagi sampai dapat rasa yg diingini.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Zalisqha Zahraa (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0