fbpx

Ini Rahsia Untuk Dapatkan Hasil Mini Corndog Yang Kembung Cantik. Cheese Pun Boleh Tarik Tinggi Ke Langit.

iCookAsia

Hidangan corndog ini terinspirasi daripada ‘street food’ di Amerika Syarikat dan Korea Selatan. Ia telah pun menjadi ‘popular’ dalam kalangan rakyat Malaysia, tambah pula pada musim PKP awal tahun ini. Dah duduk rumah, bosan, mesti lah cari idea untuk masak apa pula kan?

Disini, pengguna akaun Instagram kongsikan resipi Corndog mengikut cara atau style beliau. Tetapi, saiz makanan ini dalam bentuk kecil. Bila kecil, senang la untuk di makan, lebih-lebih lagi untuk kanak-kanak. Jom cuba?

Terima kasih Kuali Helena untuk perkongsian resipi Mini Corndog ini 🙂

Bahan-bahan:

150g cheese block mozzarella

3 sosej jenama farm’s best

Lidi sate/batang aiskrim

Bahan Tepung:

1 cawan tepung naik sendiri

1 sudu makan gula pasir

1 biji telur

1/2 cawan susu segar Dutch Lady (Jangan dituang semua. Sedikit demi sedikit)

Sedikit Garam

Video Rujukan: Kuali Helena 

Cara membuat:

  1. Potong sosej dan mozzarella cheese seperti dalam video.
  2. Cucuk dengan lidi sate atau batang aiskrim.
  3. Bancuh adunan tepung, tuangkan susu segar. 

*Ingat, jangan tuang bagi habis 1/2 cawan tu. Jikalau adunan dah cukup pekat, tak perlu tuang habis susu.

  1. Celup kan sosej tadi ke dalam bancuhan tepung hingga semua tersalut rata.
  2. Goreng ke dalam minyak panas hingga keperangan.
  3. Beri topping sos kesukaan.

Siap, selamat mencuba!

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Kuali Helena (Instagram)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/ 

 

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x