fbpx

Ini Resipi Bihun Goreng Yang Confirm Korang Tak Boleh Move On. Letak Air Asam Jawa Sebagai Penyedap Rasa.

iCookAsia

Setiap orang punya rahsia tersendiri dalam masakan kan? Walaupun menggunakan resipi yang sama, namun cara memasak yang berbeza akan menghasilkan rasa yang berbeza.

Seperti bihun goreng perkongsian Zara Zahara ini, jelasnya bihun goreng yang disediakan kakak ipar merupakan yang paling sedap pernah dinikmati. Jelasnya antara bahan utama yang digunakan ialah air asam jawa dan udang kering atau ikan bilis yang banyak. Barulah umphhh rasanya.

 

Bahan :

Bihun – rendam sehingga lembut

Udang kering

Cili boh/lada kering – dikisar

Asam jawa – bancuhkan dengan air, buang biji sahaja. Hampas tak perlu buang, masukkan dalam masakan

Tomato – potong dadu. Pilihan

Sos cili

Sos tiram

Kicap manis

Garam

Ajinomoto

Isi ayam ( bagi yang nak letak isi ayam)

 

Bahan kisar :

Bawang besar

Bawang putih

Cili api – lebihkan bagi yang suka pedas

Udang kering

 

Cara :

  1. Tumis bahan yang telah dikisar dan udang kering sehingga pecah minyak. Udang kering ini ada dua versi. Versi satu dikisar dan versi dua udang kering yang belum dikisar ditambah sewaktu menumis.
  2. Masukkan cili boh dan tumis lagi sehingga pecah minyak.
  3. Tambahkan sedikit air, agak-agak sahaja supaya boleh sebatikan bihun. Masukkan pula isi ayam, sos cili, sos tiram, garam, ajinomoto dan air asam jawa. Kacau sehingga mendidih dan baru masukkan tomato. Perasakan sekali lagi sehingga cukup rasa.
  4. Masukkan bihun dan kicap manis secukupnya. Kacau sehingga sebati. Jangan kacau kuat sangat kerana bihun hancur.
  5. Apabila air sudah agak kering, perlahankan api supaya tidak hangit. Kacau lagi sehingga bihun masak sepenuhnya.

Kredit resipi & foto : Zara Zahara

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x