in ,

Jadikan Kuih Tradisional Kepada Versi Kek. Satu Potong Kek Onde-Onde Mana Cukup, Confirm Korang Nak Tambah.

Kuih tradisional Onde-Onde ini asalnya memang berbentuk buat serupa bola. Bulat kecil-kecil. Tetapi, pernah terbayang tak rasa kuih Onde-onde ini pada sebuah kek? Kek yang kebiasaannya dihidang untuk majlis sambutan seperti Hari Jadi. Nampak macam pelik, tapi sebenarnya sangat sedap. 

Tanpa menghilangkan rasa asli nya, Kek Onde-Onde ini menggunakan bahan yang sama seperti ingin membuat kuih itu sendiri. Jadi, jangan risau. Rasa tetap ada. Jom cuba!

Terima kasih Norfazida Gda untuk perkongsian resipi Kek Onde-Onde ini 🙂

Bahan untuk kek span pandan:

4 helai daun pandan

80ml santan

1 sudu kecil esen pandan/emulco pandan

Sedikit pewarna hijau

5 biji telur gred A

150gm gula halus

1 sudu besar ovalette

150gm tepung gandum

1 sudu kecil baking powder

150gm unsalted butter (dicairkan)

Cara membuat:

  1. Potong kecil daun pandan. Kisar bersama santan. Tapis dan ambil jusnya. Masukkan esen pandan dan pewarna hijau. Kacau sebati.
  2. Dalam bekas lain, satukan telur, gula dan ovalette. Putar sehingga berbuih. Masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak. Putar lagi sehingga gebu.
  3. Masukkan jus pandan tadi dan putar dengan kelajuan tinggi lebih kurang 5 minit.
  4. Masukkan butter cair, kacau kaup balik hingga sebati dan rata.
  5. Sapukan butter pada loyang atau lapik dengan kertas kek pada dua  loyang 7″ atau 8″. Tuangkan adunan sama banyak. Kukus selama  50-60 minit. Atau boleh bakar dengan suhu 170°C selama 45 minit atau sehingga masak.
  6. Apabila sudah masak cepat-cepat keluarkan dari loyang dan sejukkan. 

Bahan Untuk sirap gula melaka:

1 cawan gula melaka (dihiris)

1 cawan air

2 helai daun pandan (disimpul)

2 sudu besar tepung jagung

Cara penyediaan: Satukan semua bahan dan masak sehingga pekat. Sentiasa dikacau supaya tiada ketulan. Tapiskan dan biarkan sejuk.

Bahan untuk cream cheese gula melaka:

250gm cream cheese

200ml sirap gula melaka

60gm gula using

300gm whipping cream

12gm gelatin

45ml air

Cara penyediaan:

  1. Satukan gelatin bersama air sehingga kembang. Kemudian cairkan dengan cara kukusan atau masukkan ke dalam microwave.
  2. Satukan cream cheese dan gula ising. Putar sehingga lembut dan berkrim.
  3. Tuangkan gelatin yang cair. Terus putar.
  4. Tuangkan sirap gula melaka. Gaul hingga sekata.
  5. Dalam bekas lain, putar whipping cream hingga kental.
  6. Campurkan whipping cream bersama cheese gula melaka. Kacau kaup balik hingga rata. 

Cara membuat Kek:

  1. Potong setiap satu kek kepada dua bahagian.
  2. Letakkan sekeping kek di atas lapik kek. Tuangkan sirap gula melaka dan ratakan. Paip kan cream cheese gula melaka di atasnya dan ratakan.
  3. Kemudian letak sekeping lagi kek diatasnya dan ulang lagi langkah yg sama hingga selesai. 4. Salut kek dengan cream cheese dan hiaskan mengikut kreativiti masing-masing. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Norfazida Gda (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0