in ,

Jemput Hancur, Resepi Turun Temurun Daripada Nenek. Nampak Pelik, Tapi Rasa Sedap Yang Luar Biasa.

Bila disebut resepi turun temurun, Admin pasti ianya sangat sedap. Iya lah, kalau tak sedap, tak turun temurun lah resepi ini. Betul tak, hehe. 

Dinamakan Jemput Hancur, resepi ni nampak pelik daripada cara masakannya. Tapi, rasanya memang sangat luar biasa. Sedap. Cukup rasa, manis, masin dan pedas-pedas sedikit. Jom cuba!

Terima kasih Mastura Sidek untuk perkongsian resipi Jemput Hancur ini 🙂

Bahan-bahan:

½ kg Tepung gandum 

*Telur 1 biji

*Bawang merah 1-2 biji (dihiris)

*Cili 2-3 biji (dihiris halus) *kalau nak lebih pedas, boleh tambah isi lebih

Cara membuat:

  1. Uli tepung dengan air seperti nak buat donat. Apabila sudah sebati, bentukkan seperti bentu mengkuk (boleh guna minyak supaya ianya tidak melekat pada tangan). 
  2. Selepas itu, masukkan isi bahan-bahan yang bertanda (*). 
  3. Bungkus dan panaskan minyak. Kemudian, masukkan ke dalam kuali (minyak jangan banyak sangat). Jangan lupa untuk balik-balikkan. 
  4. Apabila sudah warna keemasan, cincang-cincang halus.
  5. Apabila sudah garing sedikit, masukkan garam secukup rasa dan kicap.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Mastura Sidek (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.