in , , ,

Jemput-Jemput Sayuran Gebu Gebas Dan Lembut.

Jemput-jemput mix sayuran ini memang enak, lebih-lebih lagi teksturnya yang gebus dan lembut. Untuk bahan sayuran, terpulang untuk letakkan sayuran kegemaran masing-masing, dan jika suka, boleh letakkan udang sebagai pelengkap.

Terima kasih Achik Ita Jsd Kelantan atas perkongsian resipi.

 

Bahan :

500 gm Tepung gandum

1 biji Telur

2 sb Gula

1 sk Soda bikarbonat

Separuh pek mauripan 11 gm

2 labu Bawang besar

2 tongkol Jagung

Daun kangkung

Sedikit garam

 

Cara :

  1. Gaul semua bahan dengan air sehingga sebati. Kemudian perap sekurang-kurangnya satu jam dan bekas ditutup
  2. Selepas itu buka penutup dan gaul sebati.
  3. Panaskan minyak. Pastikan minyak betul-betul panas dan baru masukkan adunan untuk digoreng.
  4. Enak dicicah dengan kuah colek keropok lekor.

Kredit resipi & foto : Achik Ita Jsd Kelantan

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0