fbpx

Jom Belajar Buat 2 Menu Sarapan Pagi Ini. Mudah, Cepat Dan Sedap Tau!

iCookAsia

Sarapan pagi amat penting untuk seseorang supaya kekal cergas dalam melakukan aktiviti seharian dan faktor pengambilan makanan yang sesuai serta seimbang mempengaruhi jumlah tenaga yang dihasilkan di dalam badan kita.

Walau ramai yang sedia maklum bahawa sarapan merupakan perkara penting bagi bagi memulakan hari, masih ada di antara kita yang yang terlepas untuk mengambilnya. Terdapat pelbagai sebab untuk kita gagal mengambil sarapan dan antara sebab yang popular adalah tak sempat & jemu dengan menu yang sama.

Jadi, buat sesiapa yang sering hadapi masalah ini, jom join kami untuk belajar buat sarapan pagi yang ringkas dan sedap.

Jom sertai Kelas Memasak “Sarapan” Online 2022 oleh Sedapedia secara PERCUMA sahaja tau! Anda boleh terus sambung baca untuk mendapatkan maklumat lanjut.

icookasia sedapedia kelas memasak zoom

Pada 12 Februari 2022 ini, Sedapedia dan iCookAsia akan menganjurkan Kelas Memasak “Sarapan” Online selama 1 jam yang akan diadakan melalui platform Zoom. Anda berpeluang untuk mempelajari dua resepi sarapan pagi yang dapat membantu dan memudahkan kerja pagi anda, yang penting resepi ini cepat, mudah dan sedap. Jadi, anda tidak perlu risau lagi untuk menyediakan menu untuk makan pagi.

Baru nak belajar memasak? Jangan risau, kelas ini memang memfokuskan untuk para beginner di luar sana tau!

Bukan itu sahaja, para peserta yang menyertai kelas ini juga berpeluang untuk menerima Resepi Kad secara PERCUMA! Best kan? Resipi kad ini terhad kepada 100 orang bertuah yang mendaftar Kelas Online Memasak pada Februari ini sahaja.

Kelas ini akan menampilkan Chef Azreen yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang masakan. Tidak dilupakan, anda juga boleh menanyakan apa sahaja soalan berkaitan tips dan ilmu masakan kepada chef hebat kita.

Seronok kan? Anda Tanya, Chef Jawab.

Apa tunggu lagi? Jangan lepaskan peluang anda untuk menimba ilmu masakan ini.

Daftar awal sekarang di https://bit.ly/icasedc1
Hanya peserta yang sudah daftar sahaja akan diberikan link khas ke Kelas Memasak “Sarapan” Online ini.

#zoomclass #cooking #HiAjinomotoMY #sedapedia #icookasia

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x