fbpx

Jom Buat Churros Rangup, Cicah Pula Dengan Sos Coklat, Lagi Sedap!

iCookAsia

Mesti ramai sudah tahu mengenai resepi Che Nom yang memang sedap dan menjadi. Kali ini, Admin nak mengajak anda semua untuk buat Churros pula, ini makan satu mesti tak akan cukup!

Jom try.

Terima kasih Che Nom untuk perkongsian resipi Resepi Churros ini 🙂

Bahan- bahan:
Bahan A (Untuk Churros):
1 cawan (250ml air)
1 sudu besar (13g gula kastor)
1/4 sudu kecil garam (Kalau guna mentega tak bergaram)
1/4 cawan (56g mentega)
1 cawan (125g tepung gandum)
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
Minyak masak (Untuk menggoreng)

Bahan B (Untuk sos coklat):
1 cawan (125g dark chocolate-coklat masakan, guna yang bar pun boleh)
1/2 cawan (125ml susu full cream)
2 sudu besar (28g mentega-kalau guna mentega tak bergaram)

Cara membuat (Untuk Masak Churros):

  1. Mula-mula, masukkan air, gula kastor, garam (kalau guna unsalted butter) dan mentega ke dalam periuk dan panaskan sampai mendidih.
  2. Tutup api dan masukkan tepung gandum.
  3. Masak tepung sampai bergumpal keras dan licin baru doh tidak lembik, kacau tepung anggaran 10 hingga 15 minit.
  4. Kemudian, sejukkan selama 5 hingga 10 minit.
  5. Masukkan telur sebiji demi sebiji ke dalam adunan tepung tadi, jangan masuk semua telur sekali, kalau masuk sebiji sudah h lembik, tidak perlu lagi masuk telur yang ke 2.
  6. Seterusnya, masukkan esen vanila dan kacau lagi sehingga sekata.
  7. Sediakan piping bag, gunting dihujuk plastik dan masukkan nozzle.
  8. Masukkan adunan dalam piping bag.
  9. Panaskan minyak dan pipe doh tadi mengikut size dan panjang yang anda suka.
  10. Angkat bila keperangan.
  11. Akhir sekali, gaul gula kastor dan sedikit serbuk kayu manis.

Cara Membuat (Untuk masak sos coklat):

  1. Mula-mula, cairkan coklat gelap, susu full cream dan mentega.
  2. Kacau sampai larut.
  3. Masukkan secubit garam, kalau guna butter tidak bergaram.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Che Nom(YouTube)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x