X

Jom Buat Kerabu Kerang Thai, Mudah Sahaja Dan Boleh Buat Terliur Ni!

Rindu masakan Thailand? Boleh lah cuba resepi Kerabu Kerang Thai ini. Mudah sahaja dan mesti sedap ni. Tengok pun sudah boleh buat terliur. Sekali buat, mesti nanti nak buat lagi lepas ini. Ratah macam itu sahaja pun dah sedap, makan dengan nasi pun best.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Fia Sofia perkongsian resipi Kerabu Kerang Thai ini 🙂

Bahan-bahan:

1 kg kerang

1 sudu kecil garam

3 sudu besar gula kabung

2 sudu besar sos ikan

3 sudu besar air asam jawa

4 biji limau nipis 

3 tomato (dipotong)

1 batang carrot (dipotong halus memanjang )

2  ulas bawang merah (hiris nipis)

5  biji cili api (ditumbuk)

1 sudu kecil serbuk perasa

Cara membuat:

  1. Mula-mula, basuh kerang dan rebus kerang dengan 1 sudu kecil garam.
  2. Kemudian, buang air rebusan kerang dan segera letak ais dan air sejuk dari peti ais untuk elakkan kerang jadi kecut .
  3. Itu adalah antara tips untuk kerang nampak segar. Buang sebelah cengkerang dan gunakan sebelah lagi yang ada isi untuk dibuat kerabu.
  4. Satukan air asam jawa, cili api yang ditumbuk, sos ikan, tomato, serbuk perasa dan air gula kabung dalam bekas yang sesuai.
  5. Seterusnya, gaulkan bersama kerang sehingga mesra.
  6. Akhir sekali perahkan limau kasturi , campurkan sekali kulit limau, bawang merah yang sudah dihiris bersama carrot, daun ketumbar serta gaul hingga sebati.
  7. Boleh dihidangkan.

Untuk hidangan ini, tahap masin, pedas, manis dan masam boleh di adjust mengikut selera masing-masing.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Fia Sofia(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Categories: Articles Recipes
iCookAsia:

This website uses cookies.

Read More