X

Jom Buat Murtabak Maggi, Lagi Mantap Rasanya Makan Dengan Sos Kegemaran Anda

Mesti teringin kan nak buat Murtabak kan? Jom kita buat Murtabak Maggi ni, senang sangat tau. Hanya menggunakan Maggi Kari sahaja tau. Nak letak pelbagai bahai lain pun boleh. Dicicah pula dengan sos cili atau sos kegemaran anda.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Shai Anne Ahemed perkongsian resipi Murtabak Maggi  ini 🙂

Bahan-bahan:

1 bungkus Maggi Kari

3 biji telur

3 biji bawang merah

Sosej (rebus sekejap)

Garam

Ajinomoto

Daun bawang

Cukup rasa maggi

Cara membuat:

  1. Mula-mula, masukkan perencah maggi kari dan kacau sampai sebati.
  2. Kemudian masukkan 3 biji telur, ke dalam bahan yang kita masak tadi dan kacau sampai sebati.
  3. Rebus maggi sampai lembut.
  4. Masukkan maggi ke dalam bahan-bahan yang tadi dan kacau sampai sebati serta bahagi kan kepada 2 bahagian.
  5. Panaskan minyak dan masukkan maggi ke dalam kuali sehingga masak, kemudian terbalikkan maggi.
  6. Akhir sekali, angkat maggi dan hiaskan dengan mayonis serta cili sos. Boleh dihidangkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Shai Anne Ahemed(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Categories: Articles Recipes
iCookAsia:

This website uses cookies.

Read More