fbpx

Jom Buat Resepi Ikan Siakap Masak 3 Rasa Ala Thai, Confirm Bertambah Makan Nasi

iCookAsia

Kalau dapat makan nasi panas dengan hidangan Ikan Siakap Masak 3 Rasa memang sedap. Dengan rasa yang masam, manis dan pedas, memang perfect kalau dibuat untuk waktu berbuka. Confirm tak cukup makan nasi satu pinggan sahaja.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Ariana Sofia Ahmad perkongsian resipi  Ikan Siakap Masak 3 Rasa Ala Thai ini 🙂

Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap (garam + 1 sudu besar tepung jagung)

5 biji bawang merah (dicincang halus)

5 ulas bawang putih (dicincang halus)

1 batang serai (dihiris halus)

4 sudu besar cili giling

4 sudu besar sos cili

6 sudu besar sos manis thai (sos cili thai)

6 biji cili api ( hijau + merah)

2 biji tomato (dipotong dadu)

1/3 biji nenas (dipotong dadu)

1 mangkuk kecil minyak untuk menumis

1/2 sudu besar garam

1/2 cawan air masak

Daun sup

Cara membuat:

  1. Mula-mula, gaul ikan siakap bersama garam dan 1 sudu besar tepung jagung. Selepas itu, goreng ikan dalam minyak yang banyak. Pastikan minyak betul-betul panas. Apabila sudah siap ketepikan.
  2. Masukkan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih dan bawang merah sehingga kekuningan.
  3. Kemudian, masukkan lada giling dan tumis sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan sos cili dan sos manis thai.  Kacau sehingga sebati.
  5. Masukkan nenas, tomato dan serai. Kacau lagi.
  6. Seterusnya, masukkan cili api, garam dan air. Masak sehingga pekat.
  7. Akhir sekali, jika sudah siap tuangkan kuah atas ikan siakap. Boleh tabur sikit daun sup atas ikan.

Boleh tambah cili api kalau nak lagi pedas.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar:  Ariana Sofia Ahmad(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x