fbpx

Jom Buat Resepi Kek Pisang Yang Mudah Ini, Sedap Dan Gebu

iCookAsia

Memang tak jemu kan kalau dapat makan Kek Pisang ni, mudah dan sedap pula tu. Lagi nikmat nak makan kalau letak banyak pisang, baru best nak makan. Dapat mula makan waktu santai petang bersama keluarga. Nak buat untuk berbuka pun boleh tau.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Mariana Zainal perkongsian resipi Kek Pisang ini 🙂

Bahan-bahan:

Bahan A:

3 biji pisang berangan atau 1 cawan pisang yang sudah dilecek

(Kalau pisang tersebut besar guna 2 sahaja, kalau guna pisang mas 7 atau 8 biji)

3/4 cawan gula kastor (Boleh guna gula pasir yang sudah di blend)

4 biji telur gred A

1 cawan minyak jagung (Boleh guna minyak masak)

1 sudu besar perahan lemon (Kalau tiada boleh letak limau kasturi dan limau nipis)

Secubit garam

Bahan B (Bahan Ayak):

1 1/2 cawan tepung

1 sudu kecil baking soda

1 sudu kecil double action baking powder (Boleh juga guna baking powder biasa)

Bahan C (Hiasan):

Hirisan pisang potong nipis

Cara membuat:

  1. Mula-mula, satukan minyak, telur, gula, garam dan masukkan dalam balang blender dan kisar 5 hingga 6 minit.
  2. Masukkan pisang blend sekejap, tak sampai seminit pun.
  3. Kemudian, satukan bahan ayak dalam bekas, tuang bahan kisar dalam bekas bahan ayak. Kacau sebati.
  4. Panaskan oven selama 10 minit pada suhu 170 dengan menggunakan api atas dan bawah. Leser mentega pada loyang, kalau nak kek tebal guna loyang saiz 8×8 dan kalau nak yang tidak berapa tebal boleh guna loyang 10×10.
  5. Akhir sekali, lapik baking paper dan tuang adunan dalam loyang, letak hirisan pisang dan bakar selama 50 minit atau hingga masak.

Kalau nak kukus pun boleh, kukus selama 1 jam.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Mariana Zainal(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x