fbpx

Jom Buat Resepi Kerabu Maggi Seafood Thai. Mudah Sahaja Dan Memang Sedap!

iCookAsia

Teringin nak pergi Thailand dan makan di sana. Dikatakan makan di sana semua menarik dan paling penting sedap. Apa kata cuba Kerabu Maggi Seafood Thai ini, mudah sahaja nak buat dan confirm boleh buat terliur.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Ariana Sofia Ahmad perkongsian resipi Kerabu Maggi Seafood Thai  ini 🙂

Bahan-bahan:

2 bungkus Maggi thai

3 ekor sotong sederhana dipotong kecil

8 ekor udang (dibuang kulit)

6 batang isi ketam (dipotong 2 atau 3)

1 batang sosej dipotong nipis (Optional)

1 biji atau 2 sudu besar air perahan limau nipis

2 sudu besar cuka makan

2 sudu besar sos cili thai (sos manis thai)

1/2 sudu kecil ajinomoto

1/2 sudu besar gula

1 biji tomato (dipotong dadu)

2 tangkai daun ketumbar dihiris halus (sedikit sahaja)

1 biji bawang merah (dipotong dadu)

4 biji cili padi (dipotong kecil)

1/2 batang lobak merah (diparut halus)

Kobis ungu (dihiris nipis)

2 sudu besar sos ikan

Cara membuat:

  1. Mula-mula, rebuskan maggi selama 1 hingga 2minit atau sehingga lembut.
  2. Apabila sudah masak angkat dan toskan.
  3. Rebus segala lauk pauk sotong, udang, isi ketam dan sosej. Boleh juga tukar kepada ayam kalau tidak makan seafood.
  4. Kemudian, jika sudah masak, angkat dan toskan. Masukkan ke dalam bekas maggi tadi.
  5. Masukkan bawang, cili api, daun ketumbar, lobak, kobis, tomato ke dalam bekas.
  6. Perahkan air limau nipis ke dalam bekas tersebut.
  7. Masukkan cuka makan. Boleh kurangkan kalau tak nak masam.
  8. Masukkan sos ikan.
  9. Masukkan sos cili thai.
  10. Masukkan ajinomoto dan gula. Boleh rasa dulu sebelum tambah gula. Tahap manis mengikut selera masing -masing.
  11. Akhir sekali, masukkan semua rencah yang ada dalam maggi. Gaulkan kesemua bahan hingga rata dan sebati.
  12. Boleh letakkan dalam bekas dan taburkan daun ketumbar atas maggi.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Ariana Sofia Ahmad(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x