fbpx

Jom Buat Resepi Mudah Apam Nasi, Lembut Dan Gebu Je

iCookAsia

Kadang-kadang mesti kena ada kuih kan di rumah? Apatah lagi selepas waktu makan, baru rasa nikmat ada hidangan dessert. Boleh lah cuba hidangan ini, mudah dan sedap rasanya. Bukan itu sahaja, nak makan pun best dengan saiz yang kecil dan comel.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Zura Zul perkongsian resipi Apam Nasi ini 🙂

Bahan-bahan:

Bahan A:

1 cawan nasi

1 1/2 cawan air

Cara membuat:

  1. Mula-mula, kisarkan nasi dengan 1 cawan air dahulu sebab nanti nasi tak berapa hancur kalau dikisar dengan semua air.
  2. Kemudian, tambahkan setengah cawan air sekali lagi untuk dikisar.

Bahan B:

2 cawan tepung beras

1/2 cawan tepung gandum

1/2 cawan gula (boleh tambah jika suka)

3 sudu kecil mauripan

1-2 sudu kecil minyak masak

Secubit garam

Cara membuat:

  1. Mula-mula, tuang bahan kisar dalam bekas tepung-tepung, gula dan mauripan. Gaul2-gaul dan sebatikan. Kalau rasa nak kisar sekali pun boleh.
  2. Kemudian, perap 1/2 jam lebih atau sampai naik. Kacau semula adunan dan warnakan ikut suka.
  3. Tuang 3/4 atau penuh acuan kecil yang disapu dengan sedikit minyak.
  4. Akhir sekali, kukus selama 15 hingga 20 minit. Boleh dihidangkan.

Tips:

  1. Boleh makan kuih apam ini dengan kelapa parut putih ditambah dengan secubit garam (kelapa tersebut nak kukus seketika).
  2. Kalau nak buat lebih, boleh gandakan adunan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Zura Zul(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x