X

Jom Buat Stok Sambal Ayam Penyet, Boleh Makan Dengan Nasi Panas Ataupun Hidangan Kegemaran

Mesti ramai yang suka makan Nasi Ayam Penyet kan? Tapi nak jumpa Sambal Ayam Penyet yang betul-betul kena dengan selera macam susah. Apa kata anda semua cuba buat sendiri sahaja menggunakan resepi ini. Mudah sangat dan sedap, boleh buat stok banyak-banyak.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Mdm Kelly perkongsian resipi Sambal Ayam Penyet ini 🙂

Bahan-bahan:

15-20 tangkai cili padi

10 biji cili merah (besar)

3-4 ulas bawang putih

6-8 ulas bawang merah (kecil)

1 biji tomato (potong 4)

Ikan bilis sikit

Belacan

Cara membuat:

  1. Mula-mula, gorengkan kesemua bahan di atas separuh masak.
  2. Kemudian, sejukkan ia.
  3. Kisarkan bahan tadi dengan sedikit air.
  4. Seterusnya, tumis bahan tadi dengan sedikit minyak.
  5. Akhir sekali, tambahkan gula kerek dan sedikit garam. Masak sehingga kering.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Mdm Kelly(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Categories: Articles Recipes
iCookAsia:

This website uses cookies.

Read More