fbpx

Jom Cuba Aneka Resipi Kuih Lapis, Seri Muka Dan Talam Tokyo. Mudah Dan Sedap.

iCookAsia

Tiga resipi kuih muih ini antara menu popular untuk dibuat jualan dan sebagai juadah petang. Cara membuatkan cukup mudah dan hanya gunakan pengukus berbentuk bulat untuk disesuaikan dengan saiz loyang 8’x8’.

Terima kasih Nor Hayati atas perkongsian resipi.

 

KUIH LAPIS

Bahan :

3 cawan Air

1 cawan Santan

2 cawan Tepung beras

1/2 cawan Tepung gandum

1/2 cawan Tepung jagung

1 cawan Gula

Garam

Pewarna makanan

 

Cara :

  1. Setiap lapisan dikukus 5 minit sahaja.
  2. Dan apabila lapisan atas sudah masak, buka penutup dan kukus lagi 5 minit.
  3. Angkat dan sejukkan.

 

KUIH SERI MUKA

Bahan :

300 gm Pulut – rendam dan cuci bersih

Santan

Garam

 

Cara :

  1. Letakkan pulut tadi ke dalam loyang dan tuangkan santan dan perasakan dengan garam.
  2. Kukus sehingga masak dan tekan dan padatkan.
  3. Cucuk guna garfu sebelum tuang adunan tepung.

 

Bahan hijau :

3 cawan Santan

1 1/2 cawan Tepung gandum

1 cawan Gula

Garam

Pewarna

 

Cara :

  1. Bancuh adunan dan tuangkan ke atas lapisan pulut tadi. Kukus selama 15 minit.
  2. Selepas 15 minit, buka penutup kukusan dan kukus lagi 5 minit.
  3. Angkat dan sejukkan.

 

TALAM TOKYO

Bahan A :

180 gm Sagu

Sedikit suhun

Sedikit Kelapa muda parut

Santan

Garam

 

Cara :

  1. Gaulkan semua bahan A dan kukus selama 15 minit.

 

Bahan B :

3 cawan Santan

1 1/2 cawan Tepung gandum

1 cawan Gula

Garam

 

Cara :

  1. Bancuh semua bahan dan tuangkan ke atas sagu tadi. Kukus selama 15 minit.
  2. Kemudian buka penutup kukus dan kukus lagi 5 minit.
  3. Angkat dan sejukkan.

Kredit resipi & foto :  Nor Hayati

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x