fbpx

Jom Cuba Buat Kaya Pandan Ala Boat Noodle. Simple, Sedap Dan Yang Pasti, Puas Makan!

iCookAsia

Mesti ramai suka makan di Boat Noodle kan? Dengan Roti Sangkaya nya yang memang sedap. Tapi sebenarnya anda boleh sahaja cuba buat sendiri tau. Dapat makan banyak dan nak makan dengan apa pun boleh. Bukan itu sahaja, boleh adjust nak manis macam mana.

Mesti tak sabar nak cuba. Jom kita try.

Terima kasih untuk Fazelina Isa perkongsian resipi Kaya Pandan ini 🙂

Bahan-bahan:

1 cawan air pandan (cukuplah 5 helai daun pandan di blend)

1 cawan susu cair

1 cawan gula (Boleh buat 3/4 je)

1 kotak santan 200g

2 sudu susu pekat manis

3 sudu tepung jagung

1 biji telur

Sedikit garam

Titiskan sikit pewarna hijau kalau nak

Cara Membuat:

  1. Mula-mula, masukkan kesemua bahan dalam periuk kecil.
  2. Tenggekkan atas api dan kacau sampai dia berkilat. Ingat tau sampai berkilat.
  3. Apabila sudah kelihatan berkilat, itu tandanya sudah. Boleh terus makan.

Kuantiti untuk setiap bahan boleh mengikut kebesaran cawan. Apa apa cawan pun boleh. Nak banyak boleh buat guna cawan besar. Jangan lupa simpan dalam peti ais boleh makan lama.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Fazelina Isa(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shopee.com.my/icookasia.shop

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x