fbpx

Jom Melaksam. Mudah Je Guna Pinggan Untuk Menggulung. Resipi #Ramadan

iCookAsia

Cantiknya hasil menggulung menggunakan pinggan kanak-kanak ni. Tampak lembut, halus dan cukup kemas. Tak ada lagi masalah melekat di pinggan.

“Jom melaksam..Sy masak laksam guna pinggan ikea je..cantik kejadian lembut xmelekat”

 

Bahan :

1kg tepung beras (2 pack)

2 cwn gandum

11 cwn air biasa

11 cwn air suam

5 sudu Minyak

 

Cara :

1. Bancuh semua bahan di atas. Sambil itu didihkan air dalam kukusan.

2. Apabila sudah mendidih, kukus adunan tadi.

3. Setiap kali nak kukus, kacau bancuhan. Takut adunan mendap.

4. Saya kukus sebanyak dua senduk sahaja setiap kali. Kalau tebal nanti tidak cantik.

https://www.facebook.com/noraida.zulkifli/videos/pcb.3248058005517493/3545587502135069/?type=3&theater&ifg=1

Bahan Kuah laksam :

Bahan kisar :

* 10 ekor Ikan sardin rebus

* 3 ulas Bawang merah

* 1 inci Halia 1

* 1 sudu Lada hitam

 

Bahan lain :

1 biji kelapa di ambil Santan

Gula

Garam

1 Asam keping

 

Cara :

1. Kisar semua bahan bertanda * dan masukkan ke dalam periuk bersama santan.

2. Kacau sehingga mendidih dan jangan tinggalkan. Jika tidak kuah akan berketul.

Sumber : Nor Aida

 

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x