in ,

Jom Menjala, Dengan Membuat Kuih Bahulu Ikan Ni Banyak-Banyak. Sedapnya Bau Kalau Ikut Resepi Ni!

Antara makanan atau kuih yang sedap dimakan atau dicicah dengan teh ‘o, iaitu Kuih Bahulu Ikan. Kalau pekena dua hidangan ni pada musim hujan, lagi puas. Kenyang pun kenyang. 

Ada yang teringin Kuih Bahulu? Jom penuhi masa lapang anda dengan membuat Kuih Bahulu Ikan ini. Kalau dah mahir buat, boleh terus buat jualan, betul tak? 😉

Terima kasih Badariah Abdrahman untuk perkongsian resipi Kuih Bahulu Ikan ini 🙂

Bahan-bahan:

1 1/2  mangkuk tepung (dijemur/disangai/dipanaskan dalam oven dan dayak)

1 mangkuk telur (grade B)

1 mangkuk gula

Perisa vanila/ros

Caranya:

  1. Mix gula dan telur hingga kembang gebus. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan perasa. 
  2. Bakar dalam ketuhar pada suhu 200 api atas bawah.

*ikut pada oven masing-masing. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Badariah Abdrahman (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.