fbpx

Juadah Fusion Unik, Dibawakan Khas Untuk Anda Oleh CU!

iCookAsia

CU dan Chef Selebriti Malaysia Dato’ Fazley Yaakob Perkenal Rangkaian Juadah Sedia Untuk Dimakan Baharu Berinspirasikan Tahun Baru Cina

Kuala Lumpur, 17 Januari 2023 – Nikmati juadah fusion yang lain daripada yang lain! Hasil kreativiti CU dan chef selebriti Malaysia popular Dato’ Fazley Yaakob, juadah ini merupakan rangkaian sedia untuk dimakan berinspirasikan Tahun Baru Cina yang diberi nama Dato’ Fazley Yaakob Creation Series dan pasti akan membuka selera anda.

Untuk siri ini, Chef Dato’ Fazley menggunakan kepakarannya menggabungkan makanan kegemaran tempatan Malaysia dengan elemen masakan Korea dan Cina terpilih untuk menghasilkan masakan unik khusus untuk CU. 

Juadah ini cukup sempurna untuk menyambut Tahun Baru Cina. Sama ada dinikmati sendiri atau bersama orang tersayang, anda pasti menyukainya!

Dr Blake Dang, Pengarah di MYCU Retail berkata, “Di CU, kami sentiasa berusaha menyediakan produk berkualiti terbaik dan pengalaman unik buat pengguna dan pembeli. Kerjasama dengan Chef Dato’ Fazley ini bermula dengan daya inovasi beliau sebagai seorang chef, sejajar dengan nilai teras kami di CU iaitu untuk menyediakan pengalaman segar dan menyeronokkan buat pelanggan. Kami menimba pengalaman menarik sepanjang berkolaborasi dengan beliau, bermula dari pembentukan idea hingga ke pembuatan rangkaian sedia untuk dimakan ini. Kami tidak sabar untuk pelanggan kami mencubanya!”

Rangkaian Dato’ Fazley Yaakob Creation Series menggabungkan rasa unik dan ramuan kegemaran Malaysia untuk menghasilkan perisa hebat dan membangkitkan selera dalam kelima-lima juadah. Dengan hidangan sebegini enak, unik dan premium serta ditawarkan pula pada harga berpatutan, siapa yang tak akan suka? 

Menurut Chef Dato’ Fazley, CU dan Korea merupakan sumber inspirasi utama dalam hidangan ini. “Saya suka melihat betapa muhibahnya masakan Malaysia, dan amat meminati seni kulinari Korea dan Cina. Sepanjang menjadi chef, saya telah mengenal pasti beberapa hidangan yang pasti enak digandingkan dengan selera rakyat Malaysia. Rangkaian ini merupakan hasil kombinasi enak berperisa ini. Saya cukup gembira bekerjasama dengan CU dan berharap juadah yang kami hasilkan boleh dinikmati semua!” 

Rangkaian juadah sedia untuk dimakan ini  terdiri daripada lima hidangan unik dan penuh perisa:

  • Sanwic Daging Carik Lemak Cili Api Telur Mayonis RM6.59
    Daging yang dimasak dalam campuran lemak santan, kunyit dan rempah lain, dihidang dengan telur cili api untuk keenakan maksimum. 
  • Roti Bandung Strawberi RM3.99
    Dibuat dengan tepung Jepun, ban lembut dan gebu berinspirasikan Bandung ini cair dalam mulut anda dengan keenakan dan kewangian rasa Bandung dan jem strawberri. 
  • Laksa Negeri Sembilan RM10.99
    Hidangan istimewa kegemaran Chef Dato Fazley. Mi kenyal dihidangkan bersama ramuan laksa enak dalam kuah yang kaya, berkrim dan berempah.
  • Gimbap Nasi Lemak Sambal Oren RM10.99
    Hidangan yang mempunyai kisahnya tersendiri. Oren melambangkan kemakmuran, nasi melambangkan kekayaan, manakala sambal menyatukan kita semua. Hidangan hebat penuh makna dan perisa!
  • Nasi Goreng Yuan Yang bersama Ayam Rumpai Laut Berkuah RM12.99
    Dihidangkan dengan popia goreng, hidangan fusion Cina-Melayu ini merupakan kombinasi unik perisa enak bersama-sama ayam rumpai laut. 

Kunjungi kedai CU yang berdekatan dan cuba sendiri keenakan hidangan fusion ini hari ini! 

Tentang CU

CU adalah Kedai Serbaneka No. 1 di Korea yang mensasarkan untuk mengubah semula trend dan meningkatkan pengalaman membeli makanan di Malaysia. Dengan cawangan sebanyak 130 di seluruh Malaysia, CU adalah jenama yang digemari oleh golongan belia di Malaysia. Kami mengintegrasikan inovasi untuk memberikan pengalaman gastronomi yang baharu kepada pengguna di Malaysia dengan menyediakan makanan segar yang berkualiti serta bukan sekadar menjanjikan nilai untuk wang dan rasa, malah pengalaman menarik menikmati Makanan Korea.

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x