fbpx

Kacang Telur Rangup Dan Sedap. Tak Boleh Berhenti Kunyah.

iCookAsia

Kacang telur rangup ini memang boleh ketagih setiap kali makan. Keenakan dan kerangupannya memang terbaik. Bila sediakan sendiri di rumah, korang boleh pelbagaikan sendiri perisa dengan menambah serbuk kari atau serbuk cili jika sukakan pedas, ataupun taburkan serbuk salted egg bagi mendapatkan rasa lemak.

Malah, penggunaan kacang juga boleh dipelbagaikan. Tidak terhad kepada kacang tanah sahaja.

Terima kasih Idawani Dundung atas perkongsian resipi.

 

Bahan :

1 kg Kacang tanah

800 gm Tepung gandum

1 gelas Gula putih

1 biji Telur gred A

1 sb Garam

1 kulit telur Minyak ( ikut dalam kulit telur tadi)

1 kulit telur Air

2 sk kiub perisa ayam

6 ulas Bawang putih – tumbuk halus

 

Cara :

  1. Putar telur dan gula menggunakan whisk sehingga gula hancur dan kembang. Kemudian masukkan bahan yang lain kecuali kacang. Pukul sehingga rata.
  2. Bahagikan kacang kepada dua bahagian. Ambil separuh kacang tanah dan masukkan dalam besen. Tuang campuran tadi sedikit dan gaul rata menggunakan tangan. Ayak tepung di atasnya dan gaul lagi.
  3. Renjiskan bahan yang diputar tadi pada kacang yang separuh lagi dan ayakkan tepung. Kacau perlahan sehingga mesra supaya kacang tersalut rata dengan tepung. Buat sampai habis.
  4. Goreng menggunakan minyak yang banyak. Masukkan kacang apabila minyak betul-betul panas dan goreng menggunakan api kecil.
  5. Jika terdengar bunyi kacang meletup, bermakna ia akan masak tidak lama lagi. Goreng sehingga berwarna coklat.

Kredit resipi & foto : Idawani Dundung

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x