in ,

Kalau Ada Nasi Lebih Jangan Buang. Boleh Buat Kuih Tradisional Kuih Serabai Ini. Sedap! Resepi #Ramadan

Kuih Serabai Kampung ini merupakan antara kuih tradisional yang agak popular juga di Malaysia. Bahan utama yang menjadikan kuih ini berlainan dengan roti atau hidangan yang lain adalah nasi. Haa, kalau ada nasi lebih dari semalam tidak digunakan jangan dibuang. Daripada membazir, lebih baik kita gunakan untuk memasak.

Serabai ni lagi sedap digandingkan atau dicicah bersama serawa durian atau kari. Jom cuba!

Terima kasih Aishah Ismail untuk perkongsian resipi Serabai ini 🙂

Saiz hidangan: 42 keping

Bahan-bahan:

4 cawan tepung beras

1 cawan nasi

1 cawan santan

3 cawan air suam

2 sudu besar gula

1 sudu besar mauripan

Secubit garam

Cara membuat:

  1. Kisar semua bahan kecuali mauripan.
  2. Tuang bancuhan dalam bekas, masukkan mauripan kacau rata bagi sebati. Perap selama 2 jam. 
  3. Sebelum itu, oles minyak pada acuan bakar atas api yang kecik. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Aishah Ismail (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0