fbpx

Kalau Bosan Corak Plain, Boleh Cuba Buat Puding Roti Tembikai Ini. Warna Menarik, Rasa Pun Sedap!

iCookAsia

Pencuci mulut Puding Roti ini asalnya dibuat cara warna kosong atau plain sahaja. Memang ramai yang gemar untuk membuat disebabkan cara yang begitu senang. Tetapi, kalau anda dah bosan cara atau corak puding yang kosong, disini Admin kongsikan corak yang lebih menarik iaitu Tembikai. Resepi ini daripada seorang pengguna Facebook yang membuat corak tembikai, tetapi bukanlah menggunakan tembikai, hanya menggunakan pewarna sahaja. Jom cuba!

Terima kasih Norazah Ab Rajak untuk perkongsian resipi Puding Roti Tembikai ini 🙂

 

Bahan A

30 gm agar2 tali

8 cawan air

1 cawan gula

Bahan B

1 tin susu cair

1/2 tin susu pekat

6 keping roti di buang tepi dia

Sedikit esen vanilla

2 sudu butter

Sedikit garam

Blender semua bahan sehingga roti hancur

Cara membuat:

  1. Masakkan agar dengan air sehingga hancur.
  2. Masukkan gula masak sampai larut.
  3. Masukkan bahan B ke dalam periuk agar-agar dan kacau sebati.
  4. Sediakan bekas yang bersesuaian.
  5. Lapisan pertama warnakan hijau, tunggu keras sikit dan lorek-lorek pada atas lapisan dengan pisau dan boleh masukan lapisan putih. Akhir sekali, warna merah dan taburkan biji selasih yang telah kembang. Boleh juga letakkan cincau yang telah dipotong kecil.

*Semasa proses melapis puding, pastikan puding dalam keadaan cecair. Panaskan balik jika puding sudah mengeras.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Norazah Ab Rajak (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x