fbpx

Kalau Buat Kek Butter Pun Sedap Ni. Simple Dan Mudah Sahaja

iCookAsia

Pernah rasa Kek Butter tak? Kebiasaannya ramai yang beli sahaja kerana ia lebih mudah. Tapi anda boleh buat sendiri sahaja, jimat duit dan boleh makan banyak. Rasanya pun sangat sedap. Boleh cuba resepi yang Admin nak kongsikan pada anda hari ini.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Siti Nor Aminah perkongsian resipi Kek Butter ini 🙂

Bahan-bahan:

Bahan A (Diayak):

1 1/2 cawan Tepung gandum

1 sudu kecil baking powder

Secubit Garam

Bahan B:

3 biji Telur gred A

3/4 cawan Gula kastor

1 cawan Butter

2 sudu kecil Susu pekat

2 sudu besar Fresh milk

Esen vanilla

Sedikit pewarna kuning (Nak letak warna lain pun boleh)

Cara membuat:

  1. Mula-mula, satukan gula dan butter dalam bekas dan putar hingga kembang.
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar.
  3. Masukkan esen vanilla, susu pekat, fresh milk, dan pewarna, putar.
  4. Masukkan bahan-bahan di ayak tadi sedikit demi sedikit sambil putar hingga sebati. Matikan mixer.
  5. Kemudian, oles loyang dengan butter, lapik kan dengan baking paper. Tuang adunan dalam loyang.
  6. Bakar dengan suhu 180°c 30 minit rak tengah api atas bawah.
  7. Akhir sekali, selepas 30 minit, tukar api bawah sahaja. Bakar hingga masak.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Siti Nor Aminah(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x