fbpx

Kalau Dapat Buat Pad Kra Pao Pun Best Juga, Mudah, Sedap Dan Pedas

iCookAsia

Kalau dapat makan Pad Kra Pao pun sedap. Apatah lagi dimakan dengan nasi panas dan juga telur mata. Memang perfect hidangan tersebut. Nak makan untuk lunch atau dinner pun sesuai tau. Buat sendiri dapat makan banyak.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Nur Haziqah perkongsian resipi Pad Kra Pao ini 🙂

Bahan-bahan:

Daging yang dicincang (buat sikit sahaja dalam 200 gm)

Daun selasih (cincang)

Bawang holland (hiris)

Bawang putih (cincang)

Cili padi (agak-agak nak pedas tahap mana. Guna cabai burung sikit sahaja tapi memang berapi)

1 sudu besar kicap manis

1 sudu besar sos tiram (kalau tak masin lebihkan sikit)

1 sudu besar sos ikan

Gula

Cara membuat:

  1. Mula-mula, tumis bawang putih sampai kekuningan.
  2. Kemudian, masukkan daging dan biarkan sampai masak.
  3. Akhir sekali, masukkan kesemua bahan-bahan yang lain.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nur Haziqah(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x