fbpx

Kalau Tak Ada Oven Untuk Buat Biskut Cornflakes, Boleh Je Guna Air Fryer. Kawal Suhu Betul-Betul, Baru Menjadi.

iCookAsia

Ada sesetengah daripada kita yang sangat teringin untuk membuat Kuih/ Biskut Raya tetapi tidak boleh kerana tiada ketuhar di rumah. Jadi, mereka beli atau tempah sahaja. Tetapi tahukah anda, perkakas dapur Air Fryer ini lebih serbaguna? Dan kebanyakkan orang mempunyai perkakas dapur ini daripada oven

Dan tahukah anda Air Fryer pun boleh buat biskut? Haa, kalau belum pernah cuba anda patut cuba resepi ini terlebih dahulu. Bakar biskut yang senang-senang dulu, lepas ni baru buat yang lebih meriah. Jom!

Terima kasih Fatin Hana untuk perkongsian resipi Biskut Cornflakes ini 🙂

Bahan-bahan:

Cornflakes yang dihancur kasar

1 cawan marjerin (saya guna marjerin pelangi)

1 Cawan tepung bluekey warna oren 

½ Cawan gula perang

5 sudu minyak

1 biji Telur

1 sudu kecil esen vanilla

1 sudu kecil tepung penaik

3 sudu besar tepung jagung

1 bekas kecil choc chips

Cara membuat:

  1. Masukkan gula, telur dan esen vanilla kemudian kacau sampai bahan sekata.
  2. Masukkan tepung bluekey, tepung jagung, tepung penaik dan 5 sudu besar minyak masak. Kemudian kacau lagi sampai sekata (kacau manja sahaja).
  3. Masukkan cornflakes dan choc chip, kacau lagi sampai semua dah sebati.
  4. Masukkan dalam peti selama 30 minit.
  5. Sebelum bakar biskut, panaskan dulu Air Fryer pada suhu 200 masa 10 minit.
  6. Potong baking paper mengikut saiz air fryer dan susun adunan. Jarakkan sikit. 
  7. Turunkan suhu 150 masa 20 minit.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Fatin Hana (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x