fbpx

Kalau Tak Puas Makan KFC, Boleh Buat Sendiri Mashed Potato Ala KFC Ni.

iCookAsia

Antara menu sampingan dan kegemaran ramai di restoran KFC ini menjadi wajib untuk dibeli. Tapi kadang itu, bila kita beli yang dalam set  rasa tidak cukup kan? Jadi kali ini Admin nak kongsikan resepi perkongsian daripada seorang pengguna Facebook iaitu Kentang Putar ala KFC. Memang nampak sebiji tau!

Jom cuba. Kalau menjadi lepas ni, boleh terus buat banyak di rumah. Jimat dan lebih puas!

Terima kasih Nur Aqila Fathiah Azman untuk perkongsian resipi Kentang Putar/ Mashed Potato ini 🙂

Bahan-bahan:

Kentang (ikut suka nak banyak mana)

Mentega/butter

Tepung gandum

Garam

Secukup rasa/serbuk hilal

1 Kiub pati ayam

Kicap 

Serbuk lada hitam

Air

Cara memasak Kentang:

  1. Rebus kentang dengan air dan isi sedikit garam sehingga empuk.

*Bila dah empuk, tos kan dan boleh lenyek, air rebusan kentang jangan buang lagi, kalau kering sangat masa lenyek kentang tu boleh isi air rebusan kentang tu sikit.

*Dah siap lenyek boleh guna apa sahaja, senduk ke sudu ke bulatkan dia dan letak dalam bekas atau mangkuk.

Cara penyediaan Sos untuk Kentang Putar Ala KFC:

  1. Cairkan mentega/butter. kalau kentang banyak boleh isi dalam 3 sudu mentega ataupun suku butter.
  2. Selepas cairkan butter, masukkan satu sudu tepung gandum yang belum dicampur air dan gaulkan jangan biar hangus. Sambil gaul letakkan serbuk lada hitam satu sudu kecil. Pastikan api perlahan sahaja. 
  3. Masukkan air (ikut suka nak banyak mana). Kacau sehingga sebati. 
  4. Lagi 3 susu tepung, campurkan dengan air untuk pekatkan kuah dan masukkan dalam kuali kacau sehingga kuah jadi pekat. Kalau kuah dah pekat, tak perlu tambah tepung. 
  5. Masukkan kiub pati ayam, garam dan secukup rasa. Selepas itu, letakkan kicap sikit demi sikit sampai warna kuah jadi keperangan.
  6. Rasa kuah anda, dah cukup rasanya sedap dah pekat macam KFC punya tu, dah boleh tutup api dan makanlah bersama kentang tadi dengan bahagianya.

P/s: Masak sehingga mendidih ya.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nur Aqila Fathiah Azman (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x