fbpx

Kami Try Masak Ayam Masak Merah Ala Kenduri Ikut Style Che Nom. Rasanya, Jadi Ke Tak?

iCookAsia

“Try Masak” adalah satu segmen baharu untuk tahun 2021 daripada kami di iCookAsia. Dalam segmen ini, Qilla akan mencuba pelbagai resepi popular daripada YouTuber terkenal seperti Che Nom​, Sugu Pavithra​ dan lain-lain lagi.

AYAM MASAK MERAH ALA KENDURI (inspired by Che Nom​)

Hidangan Ayam Masak Merah ini merupakan menu yang wajib di majlis perkahwinan. Lain orang, lain cara masaknya. Untuk video pertama daripada segmen Try Masak kali ini, Qilla akan Try Masak lauk kenduri ini. Kata Che Nom, resepi ini beliau dapat daripada makcik di kampung yang selalu masak untuk kenduri.

Bahan-Bahan Kisar:
2 inci Halia
4 biji Bawang Merah
2 inci Lengkuas
5 ulas Bawang Putih
2 batang Serai
1 labu Bawang Besar
20 biji Cili Kering, direndam/rebus sehingga lembut (lebihkan jika suka pedas)
Sedikit air untuk mengisar

Bahan-Bahan untuk Ayam Masak Merah:
1/2 biji Bawang Merah, hiris nipis untuk tumisan
Minyak untuk menumis
1 ekor Ayam, dipotong 10
Sedikit Garam, Serbuk Kunyit dan Gula Melaka
2-3 tangkai Daun Kari
3 sudu besar Sos Tiram
2 sudu kecil Serbuk Secukup Rasa
1 mangkuk kecil Air Asam Jawa
1 labu Bawang Besar, hiris bulat
Hirisan daun bawang dan cili merah, hiasan

Cara Membuat:
1. Kisar bahan-bahan kisar sehingga halus.
2. Gaul ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Perap selama 20 minit.
3. Panaskan minyak masak. Goreng ayam sehingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
4. Keluarkan minyak, tinggalkan anggaran ¼ cawan.
5. Tumiskan bawang besar sehingga naik bau. Masukkan daun kari dan bahan kisar.
6. Gaul sebati sehingga sambal masak dan pecah minyak.
7. Masukkan gula melaka, sos tiram, ayam, serbuk secukup rasa, air asam jawa dan garam.
8. Kemudian masukkan bawang besar. Bila bawang layu, tutup api.
9. Hiaskan dengan daun bawang dan cili merah.

Tips:
1. Guna bahan fresh supaya masakan lebih sedap.
2. Untuk rasa masam, Che Nom guna air asam jawa. Lagi sedap daripada sos tomato.
3. Tumis bawang besar supaya bau dan rasa kuah ayam masak merah lebih sedap.
4. Daun kari beri aroma sangat harum pada masakan.
5. Pecah minyak adalah apabila minyak terapung di tepi dan permukaan sambal. Maksudnya sambal dah masak dengan sempurna.
6. Untuk rasa manis, guna gula melaka untuk lebih sedap.
7. Bawang besar dipotong bulat akan beri tekstur rangup.

Kredit resepi: Che Nom

Jom dapatkan barangan dapur di – https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x