in

Kami Try Masak Kari Ayam Tak Payah Tumis Style Sugu Pavithra. Sedap Ke Menu VIRAL Ini?

Siapa saja yang tidak kenal Sugu Pavithra kan? Pada tahun lepas, viral dengan menu Kari Ayam yang lain daripada yang lain apabila beliau memasak Kari Ayam tanpa tumis. Kebiasaanya, orang kita akan tumis dengan minyak masak kan? Kali ini, kami akan Try Masak resepi viral ini dan lihat hasilnya bagaimana.

Bahan-Bahan:
1 ekor Ayam – dicuci bersih, potong kecil
2 biji Ubi kentang, dipotong 6
1 inci Halia, ditumbuk (Tumbuk baru sedap, tak perlu pakai blender)
3 ulas Bawang Putih, ditumbuk
2 biji Tomato, potong wedges
2 biji Cili Merah, potong panjang tak putus
2 labu Bawang Besar, dihiris
2-3 pelepah Daun Kari
3 helai Daun Pandan, potong 2 inci
3 tangkai Daun Bawang, dihiris (Daun bawang akan menjadikan kari lebih wangi)
2 batang Kayu Manis
3 kuntum Bunga Lawang
2 sudu besar Minyak Masak

3 sudu besar Serbuk Kari Daging
1 ½ sudu besar Serbuk Ketumbar
½ sudu besar Serbuk Kunyit
2 sudu besar Serbuk Cili Kering (Untuk tambah pedas. Kalau tak nak pedas, boleh kurangkan)

Cara Membuat:
1. Letakkan minyak, bawang putih, halia, tomato, bawang merah, cili merah, kayu manis, bunga lawang, daun pandan, daun kari, ubi kentang, ayam dan serbuk rempah ke dalam kuali.
2. Tambah sedikit air untuk menggaul dan sebatikan.
3. Letak atas api. Kacau sekali-sekala dan masak kira-kira 10-15 minit. Air daripada ayam akan keluar.
4. Tambah air sehingga separas ayam atau sebanyak mana hendakkan kuahnya.
5. Masukkan sedikit garam. Masak sehingga ubi kentang empuk.
6. Tambah daun ketumbar dan daun bawang.
7. Padamkan api dan tutup periuk. Selepas 2 minit, buka untuk menikmati kewangiannya.

Kredit resepi: Sugu Pavithra

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.