fbpx

Kami Try Masak Resepi Mudah Giler, Maggi Kari Tumis. Paling Cepat Dan Sedap ‘KAW KAW’

iCookAsia

Hidangan Maggi Kari ini memang popular untuk dijadikan supper, lebih-lebih untuk mengisi perut lapar sesama membuat kerja. Tetapi mesti dah bosan kan Maggi kosong sahaja. Kali ini, kita kongsikan resepi daripada Facebook, untuk buat hidangan lewat malam anda dah tak kosong dah.

MAGGI KARI TUMIS (Inspired by Syazlin Mansor)

Bahan-bahan:
2 bungkus Maggie
½ biji Bawang merah
3 ulas bawang putih
5 biji Cili padi

Cara membuat:
1. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili padi. Gaul bersama rempah maggie.
2. Tumis bahan yang ditumbuk sehingga garing.
3. Masukan air ikut suka, nak bagi banyak kuah atau tak. Kemudian tunggu hingga mendidih.
4. Akhir sekali, masukan Maggie dan pecahkan telur. Biarkan seketika untuk bagi telur cukup masak.

*kalau anda ada sayur sawi di rumah atau sosej, boleh masukkan di dalam masakan.

Kredit resepi: Syazlin Mansor 

Jom dapatkan barangan dapur di – https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x