in , , ,

Kastard Labu, Terasa Kelembutan Dan Lemak Santan Dalam Setiap Gigitan.

Kastard Labu, pencuci mulut yang cukup popular di Thailand dan keenakannya sukar digambarkan dengan kata-kata. Gabungan kastard dan rasa lemak santan yang dikukus di dalam labu boleh buat orang ketagih, sedapnya.

Terima kasih Naeamah Balqis atas perkongsian resipi.

 

Bahan :

1 biji Labu sederhana besar – buang biji

1 cawan Susu cair

5 biji Telur gred B

2 sb Tepung kastard

1 sk Esen vanilla

Susu pekat @ Gula – ikut manis yang disukai

Cara :

  1. Campurkan semua bahan dan kacau sebati.
  2. Tapis dan masukkan ke dalam labu yang telah dibuang biji.
  3. Panaskan pengukus terlebih dahulu dalam 10 minit.
  4. Kemudian kukus labu selama satu jam 10 minit atau sehingga masak.
  5. Selepas siap, sejukkan terlebih dahulu dan baru dipotong.

Kredit resipi & foto : Naeamah Balqis

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0