in ,

Kaya Pandan Versi Pandan. Dah Buat Sendiri, Baru Sedap Nak Cicah Dengan Roti Jala Atau Lempeng.

Sebelum ini, Admin pernah kongsikan cara membuat kaya pandan homemade juga. Tetapi berlainan dengan perkongsian resipi kali ini. Bahan dan cara membuatnya lebih kurang sama, cuma kaya pandan ini lagi sesuai untuk dimakan atau diciah bersama lempeng atau roti jala. Lagi sedap kalau anda buat roti jalan pandan. 

Kalau anda nak buat resipi ini sebagai inti dalam roti, pau dan lain-lain lagi, anda hanya perlu tambah atau lebihkan tepung jagung atau tepung gandum untuk buat kuah nya lebih pekat. 

Senang kan? Jom cuba!

Terima kasih Badariah Abdrahman untuk perkongsian resipi Kaya Pandan ini 🙂

Bahan-bahan:

1 cawan gula

3 biji telur

1 cawan air pandan (biar pekat)

Pewarna hijau (optional, tak nak pun tak mengapa)

1 cawan santan

Sedikit garam

2 sudu tepung jagung

Cara penyediaan: 

  1. Blend semua bahan kecuali tepung jagung dan tapis.
  2. Kemudian, baru letakkan tepung jagung dan gaul sebati.
  3. Masak pada api perlahan hingga pekat. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Badariah Abdrahman (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0