fbpx

Kek Asyik Tak Jadi Je. Cuba Ikut Tips Ni.

iCookAsia

Selalunya walaupun menggunakan resipi yang sama, namun kadang kala tersilap langkah dalam proses pembuatan pun boleh mencacatkan kek. Jadi tips ini dikongsi sekadar untuk menambah lagi ilmu dalam bakeri supaya kesilapan serupa boleh dielakkan, jadi kuranglah peratusan kek tak jadi kan?

1. Letakkan baking tray sewaktu masukkan loyang kek. Jangan masukkan terlalu awal kerana bimbang jika baking tray panas, kek akan gelap di bahagian atas. Lihat contoh.

2. Hentakkan loyang selepas masukkan adunan dan sebelum dibakar supaya kek tidak berlubang. Selepas kek dibakar, hentakkan lagi dua hingga tiga kali dan terus keluarkan kek. Jangan biarkan di dalam loyang.

3. Balikkan di atas redai sebentar sahaja untuk resipi kek marble span. Kemudian terus balikkan atas papan kek atau dalam bekas kek. Tidak perlu tunggu lama untuk dapatkan kesan redai atas permukaan kek.

4. Gunakan sahaja pek pewarna yang dijual di kedai bakeri. Boleh gunakan mana-mana jenama oil based colour.

5. Lukis menggunakan beg piping. Adunan kena betul-betul kembang, bila angkat, adunan lambat jatuh.

Sumber : Ainna Rozimi

 

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x