fbpx

Kek Batik Cream Cracker. Kek Batik Simple. Tak Perlu Guna Biskut Marie Dan Telur. Resipi #Ramadan

iCookAsia

Resipi kek batik kali ini berbeza kerana tidak menggunakan biskut marie, sebaliknya gunakan cream cracker. Malah, ia tidak menggunakan telur, namun penggunaan esen vanilla sekadar untuk mewangikan kek.

“Anak² ni mnt btl dgn kek batik…sbb senang n mudah nk dpt bahan so ibu buatkan lagi..sejak pkp ni dh 4kali kot buat..cpt beno abis nyer, x reti nk bosan dorang mkn kek nih..Kot² sape nk buat, cara² ada sis sertakan..boleh la try”

 

Bahan :

Biskut cream crackers

1 buku buttercup (250gm)

1/2 tin susu pekat manis

2 cawan milo

2 sb serbuk koko

1 penutup esen vanilla

 

Cara :

1. Gunakan api perlahan dan cairkan butter dan susu pekat manis.

2. Masukkan esen vanilla. Kemudian masukkan Milo dan gaul rata. Selepas itu baru masukkan serbuk koko.

3. Kacau sampai likat dan berkilat dan tutup api.

4. Selepas itu lapiskan antara biskut dan coklat sehingga enam lapisan.

5. Akhir sekali, curahkan coklat di atas lapisan akhir biskut dan hentak manja. Masukkan dalam peti ais. Bila dah sejuk, boleh potong, jangan risau kek tak keras,

Sumber : Nur Aleeza Ramlee

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x