in ,

Kek Batik Klasik Coklat Ganache. Ikut Resepi Ini Untuk Dapatkan Hasil Topping Yang Leleh Dan Berkilat.

Kalau anda penggemar Coklat, mesti anda akan suka dengan pencuci mulut Kek Batik. Pencuci mulut ini antara yang paling senang nak buat. Cuma kena ikut sukatan yang betul-betul, jangan lebih atau jangan kurang sebab boleh buat Kek Batik terlalu cair atau keras. 

Disini Admin kongsikan resipi Kek Batik mengikut sukatan cawan dan tambah bersama topping yang menyelerakan iaitu Coklat Ganache. Jom buat!

Terima kasih Farisha Sofea untuk perkongsian resipi Kek Batik Coklat Ganache ini 🙂

Bahan Bahan:

(Kek Batik)

200g mentega

1/2 cawan susu pekat

1/2 cawan serbuk koko

1 cawan milo 

1/2 cawan air panas

1/2 sudu kecil garam

1 biji telur

1 sudu kecil esen vanilla

600g Biskut Marie (dipatah patahkan) 

(Coklat Ganache)

250g krim putar tenusu

250g coklat masakan gelap (dicincang kasar)

1 sudu kecil esen vanilla

1 sudu besar mentega 

Cara membuat:

  1. Panaskan mentega sehingga cair.
  2. Kemudian masukkan susu pekat, serbuk koko dan juga milo. Pastikan api tidak terlalu besar. Kacau sehingga adunan tidak berketul.
  3. Kemudian, masukkan pula air panas, garam, telur diikuti dengan esen vanilla. Kacau lagi adunan sehingga licin/
  4. Akhir sekali, masukkan biskut marie yang telah dipatah patahkan. Masukkan biskut sedikit demi sedikit sambil digaul sebati. Biarkan seketika adunan agar biskut menjadi lembut dan dapat menyerap lembapan . 
  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang 9×9″ yang telah dilapik dengan kertas pembakar. Ratakan dan tekan rapat. Sejukkan di dalam peti ais sementara sediakan Coklat Ganache.

Cara untuk membuat coklat ganache:

  1. Panaskan krim putar di dalam periuk. Boleh menggunakan api mahupun microwave.
  2. Setelah panas, tutupkan api dan masukkan coklat masakan.
  3. Kacau sehingga coklat cair sepenuhnya.
  4. Akhir sekali masukkan esen vanilla dan juga mentega. Kacau sebati dan tuangkan coklat ganache di atas permukaan kek batik tadi. Selepas itu, sejukkan di dalam peti ais selama beberapa jam atau pun semalaman sebelum dipotong.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Farisha Sofea (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0