fbpx

Kek Chocolate Indulgence Versi Senang Sangat, Sekali Makan Nak Lagi.

iCookAsia

Kek Chocolate Indulgence merupakan kek pilihan paling popular setiap kali ingin meraikan sesuatu kan? Setiap lapisan creamcheese, kek dan mouse merupakan hidangan pencuci mulut paling sempurna, ditambah pula dengan coffee latte. Hmmm, sedapnya.

Resipi ini menggunakan saiz 9 inci. Jelas pemilik resipi, jika mahukan krim yang pekat seperti buttercream, kurangkan penggunaan Whipping Cream. Jika mahukan kek seperti yang dijual di kedai, hanya ikut resipi yang dikongsikan. Sesuaikan penggunaan, bubuh sedikit demi sedikit, dan belajar kekentalan krim. Lama kelamaan, kita akan tahu cara penyediaan kek seperti yang dijual di bakeri

 

Bahan cream putih : jika tidak mahu manis, adjust gula dan susu pekat

200 gm cream cheese

100 gm atau lebih sedikit white chocolate. Lebih senang gunakan coin. Gunakan jenama Beryl’s lebih enak dan cantik hasilnya.

100 gm atau lebih dark choc coins Beryl’s

500 gm whipping cream

3 sudu besar gula castor

2 sudu besar susu pekat

Esen vanilla

 

Cara :

  1. Putar cream cheese sehingga lembut dan masukkan gula, susu pekat dan esen vanilla. Putar sehingga sebati.
  2. Selepas itu, masukkan whipping cream sedikit demi sedikit dan putar sebati.
  3. Asingkan ke dalam dua bekas. Satu bekas untuk dicampurkan dengan white coklat dan satu lagi untuk dark coklat.
  4. Sebelum campurkan, cairkan dahulu white coklat dan dark coklat dengan kaedah double boiler dan campurkan sedikit whipping cream. Apabila sudah cair, baru campurkan dengan adunan cream cheese tadi.
  5. Belah kek kepada dua bahagian. Lapisan pertama sapukan cream cheese white coklat dan kemudian lapisan kedua sapukan cream cheese dark coklat. Selepas itu, ratakan baki cream di seluruh kek dan sejukkan di dalam peti ais.

 

Topping

150 gm atau lebih Dark choc coins Beryl’s

Sedikit whipping cream

1 sudu bsr butter

 

Cara :

  1. Cairkan guna kaedah double boiler dan tunggu sehingga suam baru tuangkan ke atas kek. Kena buat cepat kerana coklat akan mengeras. Simpan dalam peti ais semalaman.
  2. Cara potong kek, pastikan pisau panas baru potong supaya kek nampak cantik.
  3. Jika mahu lebih umph, letakkan satu sudu kecik serbuk nescafe yang dicampurkan dengan 2 sudu besar air panas dan putar sebati dalam adunan cream dark coklat.

Sumber : Suriani Mohd Ariffin

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x