in ,

Kek Coklat Berhantu. Adunan Cheese dan Coklat Yang Meleleh Banyak Ni Yang Paling Sedap!

Kek Coklat ini memang sudah tidak asing lagi menjadi kegemaran ramai. Antara hidangan pencuci mulut yang sangat terkenal. Lagi bertambah sedap apabila di lapiskan atau campur bersama adunan coklat dan adunan cheese yang boleh buat meleleh! Wah terliur…

Terima kasih Iedaa Jahaya untuk perkongsian resipi Kek Coklat Berhantu ini 🙂

Bahan untuk mix:

4 biji telur

Esen vanilla

1 cawan gula kastor

½  susu pekat 

Cara penyediaan:

  1. Campur bahan bahan di atas dan pukul sebati. Pukul sikit hingga kembg. Tak perlu terlalu lama. Agak-agak gula sudah larut dan telur sudah kembang, boleh stop mix
  2. Masukkan ½ cawan susu pekat. Mix hingga sebati.

Bahan kering untuk ayak:

1 ¼ cawan tepung gandum

1 cawan serbuk koko

1 sudu kecil baking powder

1 sudu kecil baking soda

1 cawan susu segar atau susu cair

1 cawan minyak jagung

Cara penyediaan Coklat:

  1. Double boiler coklat masakan. Campurkan bersama whipping cream.
  2. Apabila sudah panas, kacau hingga coklat masakan cair. Tutup api.

Cara penyediaan Adunan Cheese:

  1. 50 ml whipping cream dan masukkan 250g cheese. Pukul seketika.
  2. Masukkan gula essen atau susu pekat (mengikut citarasa jika mahu kurang manis). Gaul sebati dan ketepikan.

Cara membuat:

  1. Panaskan kukusan. Kalau anda nak bakar pun boleh.
  2. Sapu loyang dengan minyak lapik baking paper.
  3. Masuk bahan kering sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur tadi. Kacau rata.
  4. Masuk minyak jagung dan susu segar. Kacau hingga sebati.
  5. Tuang dalam loyang dan kukus selama 30 minit.

*Kalau menggunakan teknik bakar, bakar pada suhu 175 celcius selama 30minit. 

  1. Apabila kek sudah masak, potong kek. 
  2. Lapiskan adunan cheese di tengah dan letak semula lapisan kek. 

*Lapisan atas mengikut cara tersendiri. Untuk Iedaa, beliau letakkan lapisan secara berselang seli.

  1. Kemudian lorek adunan untuk topping yang cantik.
  2. Simpan ke dalam peti ais untuk makanan lebih sejuk dan sedap untuk dinikmati. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Iedaa Jahaya (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0