in ,

Kek Coklat Gebu. Walaupun Guna Teknik Bakar, Kek Tetap Lembut Dan Confirm Sedap.

Kalau disebut hidangan pencuci mulut Kek Coklat pasti ramai dah tahu rasanya bagaimana. Tetapi, bila Admin tengok perkongsian resipi daripada seorang pengguna Facebook ini, rupanya agak lain daripada yang lain. Yang ajaib nya, Kek Coklat ini nampak begitu Gebu tapi beliau hanya menggunakan teknik bakar. Kalau kukus, memang sudah tentu akan lembut tetapi ini bakar menggunakan oven tau. Jom cuba buat cara beliau pula? 

Terima kasih Farisha Sofea untuk perkongsian resipi Kek Coklat ini 🙂

Bahan-bahan:

 

(Bahan A)

3 biji telur gred A

1/2 cawan gula halus

3/4 cawan tepung kek (diayak)

1/4 cawan serbuk koko (diayak)

1/4 cawan susu penuh krim

1 sudu besar ovalette

1 sudu besar emulco coklat

 

(Bahan B)

3 sudu besar mentega cair

Cara membuat:

  1. Satukan ke semua Bahan A .
  2. Pukul sehingga kembang dan gebu.
  3. Masukkan pula Bahan B.
  4. Kaup balik adunan sehingga sebati.
  5. Sediakan loyang bulat saiz 6″ dan alaskan dengan kertas pembakar/
  6. Tuangkan adunan tadi ke dalam loyang dan ratakan.
  7. Kemudian, panaskan oven.
  8. Bakar pada suhu 180c selama 50 minit atau sehingga masak bergantung kepada oven masing masing.
  9. Setelah masak, sisipkan keliling loyang dengan pisau dan terlangkupkan kek di atas redai.
  10. Kemudian terlangkupkan semula kek dan biarkan kek sejuk sepenuhnya sebelum dipotong. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Farisha Sofea (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0