fbpx

Kek Coklat Karamel Puding. Resepi Jualan Yang Pasti Untung!

iCookAsia

Tidak terlalu manis dan dijamin elok kejadiannya walau baru pertama kali membikin resepi ini, Anis Zulkifeli, sudi berkongsi rahsia dan tips penting pembuatannya.

Sekadar makluman, sebiji kek boleh dijual dengan harga RM15.00.

Bahan puding :
2 sudu besar gula pasir
3 biji telur
Esen vanilla – gunakan Creamy Vanila untuk rasa yang lebih umph.
Satu cawan susu cair.
½ cawan susu pekat
½ cawan air masak

Cara :
1. Cairkan dua sudu besar gula di dalam loyang. Gunakan loyang saiz 7.
2. Selepas gula cair, tutup api dan ketepikan. Gula akan mengeras.
3. Pukul tiga biji telur bersama esen vanilla.
4. Masukkan satu cawan susu cair.
5.Kemudian, masukkan setengah cawan susu pekat, setengah cawan air masak. Kacau sebati sehingga kembang dan berbuih supaya puding akan berongga.
6. Tapis dan masukkan ke dalam loyang yang berisi gula tadi.
7. Kukus selama 30 minit sehingga masak.

Bahan Kek Coklat:
½ cawan susu pekat
½ cawan susu cair
½ cawan minyak
½ cawan serbuk koko
½ cawan gula
1 biji telur
Esen Vanila
½ cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil baking soda

Cara :
1. Panaskan periuk dan gunakan api perlahan. Masukkan susu pekat, susu cair, minyak, serbuk koko dan gula. Boleh kurangkan susu pekar dan gula jika tidak mahu terlalu manis. Ketepikan.
2. Pukul 1 biji telur dan masukkan esen vanilla dan pukul lagi sehingga kembang.
3. Masukkan ke dalam adunan tadi dan kacau sebati.
4. Ayak tepung bersama baking powder dan baking soda dan masukkan ke dalam adunan tadi. Kacau sebati.
5. Akhir sekali, masukkan adunan kek coklat atas pudding caramel yang telah siap. Kukus selama 40 minit.
6. Apabila siap dimasak, kikis sekeliling loyak bagi mengelakkan kek melekat sewaktu proses terbalikkannya.

Sumber : Anis Zulkifeli

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x