fbpx

Kek Coklat Moist. Lembut, Gebu Dan Mewah Dengan Rasa Coklat. Resipi #Ramadan

iCookAsia

Kek coklat ini antara yang laris kalau dibuat jualan. Gandingkan pula dengan sos coklat yang mewah, fuh, sedapnya.

Cara membuatnya pun mudah, hanya kukus sahaja.

 

Bahan A :

1 cwn gula

1 cwn susu cair

1 cwn serbuk koko

1 cwn minyak masak

1/2 cwn susu pekat

 

Bahan B – diayak

1 cwn tepung gandum

1sk soda bikarbonat

1sk baking powder

 

Bahan C – kisar dengan blender sehingga berwarna putih

3 biji telur

1sk esen vanilla

 

Cara :

1. Campurkan semua bahan A dan masak di atas api kecil sehingga larut.

2. Kemudian masukkan ke dalam bahan B yang telah diayak.

3. Akhir sekali baru masukkan bahan C. Kacau menggunakan whisk sahaja sehingga sebati dan sehingga tiada ketulan tepung.

4. Pastikan pengukus dipanaskan dahulu.

5. Kukus selama 15 minit jika menggunakan bekas kecil. Jika menggunakan bekas besar, kukus dalam 30 minit atau sehingga masak.

 

Coklat Topping

Bahan :

1/2 cwn milo

1/2 cwn serbuk koko

1/2 cwn susu cair

1 cwn susu pekat

1 cwn minyak

 

Cara :

1. Satukan semua bahan dan masak dengan menggunakan kaedah double boil.

2. Suamkan dahulu dan barulah dituangkan di atas kek tadi. Taburkan coklat rice untuk hiasan.

Sumber : Ina Zuerina

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x