in , , ,

Kek Coklat Moist Versi Bakar. Walau Dibakar Tapi Cukup Moist. Gerenti Tak Menyesal Buat.

Kek Coklat Moist versi bakar perkongsian Ika Zul ini walaupun dibakar namun tetap lembut dan cukup enak. Resipi asal dari Elly Halim ini merupakan resipi yang digunakan untuk berniaga, jadi tentulah confirm sedap kan?

 

Bahan A :

90 gram Serbuk koko

200 gram Gula kastor – dikurangkan kepada 190gm

200 gram Minyak masak/Minyak jagung

250 gram Susu pekat – gunakan 243gm

1 tin Susu cair – Susu Cair Dairy Champ

 

Bahan B – campurkan semua bahan dan pukul menggunakan garfu atau whisk sehingga kembang.

4 biji Telur gred A – boleh gunakan 5 biji telur gred B

1 sudu teh Esen vanilla

1 sudu teh Chocolate emulco – saya tambah

 

Bahan C – ayak

150 gm Tepung gandum/kek/superfine

1 sudu teh Baking powder

1 sudu teh Baking soda

 

Cara :

  1. Masukkan bahan A ke dalam satu bekas dan kacau rata sehingga sebati. Masak di atas api kecil. Masak sebentar sambil adunan dikacau perlahan. Tidak perlu sehingga mendidih. Bila sudah panas, terus tutupkan api.
  2. Masukkan pula bahan B ke dalam adunan A dan kacau sebati.
  3. Masukkan pula bahan C dan kacau sebati.
  4. Sapukan marjerin dalam loyang dan letakkan baking paper. Tuangkan adunan ke dalam loyang. Gunakan saiz 8” atau 9”.
  5. Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 170c selama 10 minit. Kemudian masukkan adunan dan bakar pada suhu 150c selama 60 minit atau sehingga masak. Walaupun dibakar, kek tetap lembab, namun jika nak kukus pun boleh.
  6. Sejukkan kek dan baru curahkan coklat topping. Sejukkan dalam chiller dan topping akan melekat dengan cantik pada kek.

 

Bahan Chocolate Topping :

200gm Choc Compound

100gm Whipping cream

 

Cara :

  1. Masukkan choc compound dalam bekas stainless steel dan cairkan menggunakan kaedah double boiled.
  2. Apabila coklat cair, masukkan cream dan kacau sampai sebati. Jika nak pekat sedikit boleh guna 80 gram whipping cream.

Kredit resipi & foto : Ika Zul

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0