fbpx

Kek Coklat Salted Egg Sauce. Panduan Mudah Buat Sos Salted Egg.

iCookAsia

Disebabkan terlalu ramai penggemar sos salted egg, nampaknya citarasa kek juga telah disesuaikan agar korang dapat merasai kenikmatan keenakan gabungan dua menu ini.

Resipi ini mengajarkan cara membuat sos salted egg, manakala untuk resipi kek coklat, boleh buat carian di laman web icookasia. Tekan ini, ini, ini dan ini.

 

Bahan :

1 sudu besar Serbuk salted egg. Jika tiada, boleh gunakan dua biji kuning telur masin dan kisar terus bersama susu segar sehingga hancur.

1 sudu besar Butter – guna Anchor

1 cawan Susu segar

1 sudu besar Susu Full Cream / Susu tepung

1 sudu besar Tepung kastard

1 sudu kecil Tepung jagung

1 sudu kecil Esen vanila – pilihan

2 sudu besar Gula halus

Pewarna kuning

 

Cara :

  1. Campurkan semua bahan dan gaul rata. Kemudian tapis. Selepas itu masak menggunakan api perlahan sehingga likat. Jika adunan terlalu likat, tambah sedikit air, namun jangan terlalu cair.
  2. Setelah siap, simpan di dalam peti sejuk.
  3. Selepas itu boleh tuang di atas kek coklat.
  4. Untuk hiasan terakhir, bakat dua biji kuning telur masin selama 20 minit dalam ketuhar sehingga kering. Kemudian hancurkan menjadi serbuk dan sejukkan. Tuang di atas sos. Kredit to Siti Marya Hj Ahmad

Kredit resipi & foto : Noriza Jaja

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x