fbpx

Kek Lapis Baahubali. Tiga Lapisan Cake Yang Berlainan Daripada Kek Lapis Sarawak. Belum Cuba Belum Tahu…

iCookAsia

Rupa seperti Kek Lapis Sarawak. Tapi bukan. Ada sesetengah orang yang telah menonton filem Baahubali dan terinspirasi kuih ini daripada filem tersebut. Yang buat ianya berlainan daripada Kek Lapis Sarawak dimana ia mempunyai hanya tiga lapisan. 

Terima kasih Mariati Othman Kabilah untuk perkongsian resipi Kek Lapis Baahubali ini 🙂

Bahan Lapisan Hitam:

5 biji telur

220 gm mentega (golden churn)

75 gram tepung hongkong

125 gm gula halus

1/2 tin susu pekat (tin kecil)

75 gm horlick

30 gm serbuk koko

1 sudu makan browning sugar

1 sudu teh esen vanilla

Perwarna hitam

Cara membuat:

  1. Pukul mentega dan gula.
  2. Kemudian, masukkan telur satu persatu.
  3. Masukkan esen vanila, susu, horlick, tepung, serbuk koko,  browning sugar dan pewarna hitam.

Bahan Lapisan Merah

5 biji telur

250 gm mentega

190 gm tepung hongkong

190 gm gula kastor

1/2 tin susu manis tin kecil

1 cawan mix berries yogurt (135gm)

Perwarna merah

Cara membuat:

  1. Pukul mentega bersama gula.
  2. Selepas itu, masukkan telur satu persatu. 
  3. Masukkan susu, tepung, yogurt dan pewarna merah.

Bahan Lapisan cheese:

200gm cream cheese

1 biji telur

1 sudu mkn gula kastor

2 sudu mkn tepung hongkong

Sedikit esen vanila

Pewarna putih

Cara membuat:

  1. Masukkan ke semua bahan dan pukul rata.
  2. Kukus lapisan hitam selama 1 jam.
  3. Kukus lapisan cheese selama 30 minit.
  4. Akhir sekali, lapisan merah dikukus selama 2 jam atau hingga masak.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Mariati Othman Kabilah (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/ 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x