in , , ,

Kek Lapis India Atau Kek Lapis Cadbury, Wajib Buat.

Kek Lapis Cadbury atau Kek Lapis India ini memang cukup popular di bumi Kenyalang. Walaupun bahan-bahan yang diperlukan agak banyak, namun cara membuatnya agak mudah dan sesuai untuk korang yang baru belajar nak buat kek lapis, yang penting ikut langkah yang diterangkan.

Cuma korang kena bersabar sedikit sebab adunan kek perlu dibakar selapis demi selapis dan adunan mestilah tepat supaya kek cantik sekata. Menurut Niny Syuhada Harmen, setiap lapisan yang dibakar kena tekan perlahan-lahan untuk menghilangkan gelembung udara yang terperangkap dalam kek.

Malah tidak perlu sapukan butter di sekeliling loyang, hanya sapukan pada dasar loyang sahaja dan lapiskan dengan baking paper. Ia bertujuan untuk mendapatkan hasil lapisan yang rata dan tidak beralun.

 

Bahan :

450 gm Mentega berkualiti tinggi – gunakan SCS. Gunakan mentega berkualiti tinggi untuk hasil terbaik

120 gm Tepung hong kong

220 gm Gula halus – pemilik resipi gunakan 200g. Boleh dikurangkan jika suka.

10 biji Telur gred A

100 gm Tepung biskut marie – biskut dikisar halus. Biskut marie dikisar halus dan diayak, kemudian baru ditimbang

65 gm Serbuk horlicks – pemilik resipi gunakan 50 gm. Boleh gantikan dengan serbuk nestum bayi

50 gm Serbuk santan (1 paket) – boleh gunakan serbuk santan kara

300 gm Susu pekat manis – boleh dikurangkan

2 bungkus kepingan coklat Cadbury

Pewarna kuning – pilihan

 

Cara :

1.Panaskan oven pada suhu 170 ~ 180 C menggunakan api grill atau mengikut panas oven masing-masing.

2.Kemudian sediakan loyang kek dan griskan dengan mentega pada dasar loyang sahaja. Ketepikan. Acuan saiz 9″ x 9″ digunakan untuk kek yang tidak terlalu tinggi. Boleh juga menggunakan loyang 8″ x 8″.

3.Dalam bekas mixer, putar mentega dan gula sehingga kembang dan berkrim.

4.Masukkan telur satu persatu sambil diputar perlahan.

5.Selepas itu, masukkan tepung biskut maria, horlick, tepung, santan dan susu pekat sedikit demi sedikit. Putar lagi sehingga sebati.

6.Boleh masukkan pewarna kuning jika suka. Kacau lagi.

7.Ambil enam sudu makan adunan dan ratakan ke dalam loyang dan bakar sehingga keperangan. Anggaran masa membakar selama 10 minit dan bergantung kepada kepanasan oven. Gunakan api atas bawah. Untuk lapisan seterusnya, gunakan api atas sahaja.

8.Selepas membakar satu lapisan, jangan lupa menekan permukaan atas kek supaya kek padat dan untuk membuang gelembung udara. Setiap lapisan dibakar lebih kurang 7 hingga 10 minit bergantung kepada kepanasan oven masing-masing.

9.Ulangi lapisan dan susunkan kepingan coklat pada setiap lapisan ketiga. Bakar adunan terlebih dahulu. Kemudian susunkan coklat secara rawak. Tutupkan coklat dengan adunan seterusnya dan bakar hingga keperangan. ATAU masukkan adunan dan susunkan coklat secara rawak dan bakar. Terpulang pada keselesaan masing-masing.

10.Sejukkan kek sebelum dipotong. Potong menggunakan pisau yang tajam. Cara penyimpanan kek, balut kek dengan plastik atau aluminium foil dan simpan dalam bekas kedap udara dan simpan di dalam peti ais.

Kredit resipi & foto : Niny Syuhada Harmen

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0