fbpx

Kek Pandan Ala Pandan Gula Melaka. Boleh Guna Sukatan Cawan. Yang Penting Lemak Berkrim Sedap Tak Hingat.

iCookAsia

Kek pandan perkongsian Nur Zamnah Razak ini ala Kek Pandan Gula Melaka. Resipi yang dikongsikan ini sesuai untuk satu loyang bersaiz 6 atau 7 inci sahaja.

 

Bahan A :

1/2 cawan Salted butter / 125 gm salted butter

3/4 cawan Gula halus (Kalau pakai gula pasir blend dahulu)

 

Cara :

  1. Pukul bahan guna mixer medium beat atau senduk sehingga kembang.

 

Bahan B :

2 biji Telur gred A / 2 1/2 jika Telur gred B / 3 biji Telur jika gred C/D

 

Cara :

  1. Masukkan bahan B dalam adunan sedikit demi sedikit dan pukul sehingga adunan gebu.

 

Bahan C :

1 1/2 cawan Tepung kek @ tepung gandum – ayak

1 sudu besar Baking powder – ayak

 

Bahan D :

50 ml Susu full cream / 1/4 kotak Susu Full Cream Dutchlady kecil

100 ml Santan kotak / 1/2 kotak santan

3 sudu Esen perisa pandan

3 titis Pewarna hijau

 

Cara :

  1. Campurkan bahan C dan ayak.
  2. Kemudian adunkan bahan C dan D berselang seli dimulakan dengan bahan C terlebih dahulu dan diakhiri dengan bahan C juga.
  3. Griskan loyang dengan butter dan tuang adunan kek tadi. Bakar pada suhu 170c selama 25 hingga 30 minit.

Kredit resipi & foto : Nur Zamnah Razak

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x