fbpx

Kek Pandan Moist Lemak Bersantan. Kek Super Sedap Yang Cukup Mudah Dibuat.

iCookAsia

Kek Pandan Moist yang dikongsikan Chef Saiful Azli Suhaimi ini punya tekstur lemak bersantan dan cukup enak. Jelasnya kek ini akan kelihatan sedikit berminyak hasil daripada penggunaan santan.

Bermurah hati berkongsi ilmu yang diajar di dalam kelas masakan, jelasnya tiada apa yang dipinta kecuali sedekahkan Al-Fatihah buat kedua arwah ibu dan bapanya, Saodah Abdul Aziz dan Suhaimi Haji Ahmad.

 

KEK PANDAN MOIST

Saiz loyang : 9x9x3

Suhu : 170 ke 180 C

 

Bahan A:

250 gm Mentega tulen

125 gm Lepa susu ( buttercup dan seangkatan dengannya)

330 gm Gula kastor

 

Bahan B :

6 biji Telur gred A

 

Bahan C :

390 gm Tepung naik sendiri

1 1/2 sk Soda bicarbonate

 

Bahan D :

240 ml Santan pekat ( asli )

6 sb Jus pandan – kisar 30 gm daun pandan + 100 ml air

2 sb Pes pandan

2 sk Pewarna hijau apple – star brand

 

Cara :

  1. Pukul A sehingga kembang dan putih.
  2. Kemudian masukkan B sedikit demi sedikit. Pukul sebati.
  3. Ayakkan bahan C dan masukkan ke dalam adunan berselang seli dengan bahan D.
  4. Putar sebati dan masukkan ke dalam loyang.
  5. Bakar pada suhu 170 C selama 50 hingga 60 minit atau sehingga masak.

NOTA :

  1. Kek akan lebih sedap selepas dibiarkan semalaman.
  2. Kek akan kelihatan sedikit berminyak hasil daripada penggunaan santan.
  3. Jika gunakan santan kotak, gunakan santan kotak cap ayam (warna biru). Sekotak sahaja iaitu 200 gram, tidak perlu tambah lagi 40 gram.

Kredit resipi & foto : Saiful Azli Suhaimi

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x