fbpx

Kek Pisang Gebu Dan Cantik Hiasannya. Bila Anak-Anak Suka, Ibu Pun Suka Memasak.

iCookAsia

Kek Pisang antara pencuci mulut kegemaran ramai. Dahulu, ianya senang untuk didapatkan di kedai-kedai runcit. Ini versi Kek Pisang plain sahaja. Kek Pisang versi moden sekarang, terdapat hirisan pisang pada permukaan kek tersebut. 

Seperti seorang pengguna Facebook ini, dimana beliau membuat Kek Pisang VIRAL ini dan beliau menambah Coklat Coin sebagai hiasan. Hasilnya pasti menyelerakan!

Terima kasih Nor Azliza Mohamed untuk perkongsian resipi Kek Pisang ini 🙂

Bahan-bahan:

6/7 biji pisang emas atau 4 biji pisang berangan

5 biji telur A/B

1 cawan gula kastor

1 sudu kecil esen vanilla

1 cawan minyak jagung/ masak

2 cawan tepung gandum

1 sudu kecil baking powder

1/2 sudu kecil soda bikarbonat

Hirisan pisang, choc chip / choc coin untuk hiasan

Cara membuat:

  1. Ayak tepung gandum, baking powder, soda dalam bekas. Kemudian, ketepikan.
  2. Blend telur, gula dan esen vanilla hingga sebati.
  3. Masukkan pisang dan minyak. Blend hingga sebati.
  4. Tuangkan bancuhan blend tadi ke dalam bekas bahan ayak. Kacau-kacau sebati.
  5. Tuangkan adunan ke dalam baking tray bersaiz, 8×8 /8×3.
  6. Hiaskan dengan hirisan pisang. Nak letak choc coin sekali pun boleh. 
  7. Bakar pada suhu 150° – 160°c  selama 45 minit atau sehingga masak. Kalau nak kukus pun selama 45 minit.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nor Azliza Mohamed (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x