fbpx

Kek Pisang Kukus Simple. Semudah Membuat Cekodok. Resipi #Ramadan

iCookAsia

Jika kepingin nak makan kek, buat sahaja kek pisang kerana bahannya cukup mudah dan cara penyediaannya juga tak renyah. Adunan ini harus diperap dahulu sebelum dikukus.

“Kejadian ptg tadi. Kek pisang utk minum ptg. Atas permintaan,saya sertakan resipinya di sini. Semoga bermanfaat. Semudah membuat cekodok aje ye kwn2.”

 

Bahan :

1 cawan pisang (lenyek)

1/2 cawan minyak jagung/masak

1/2 cawan susu pekat

3/4 cawan gula perang

2 biji telur

2 cawan gandum

1 sudu kecil soda bikarbonat

1/2 sudu kecil baking powder

 

Cara :

1. Gaul rata semua bahan ala-ala bancuh cekodok dan perap selama 20 minit.

2. Kemudian kukus sehingga masak, anggaran dalam 40 minit sehingga sejam.

3. Saya gandakan adunan jadi masa mengukus jadi lebih lama.

Sumber : Ida Idy

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x